Tanda dan gejala Demam Denggi

Gambaran skema tanda-tanda demam denggi.

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).[3]

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.[4], [5]

Rujukan

WikiPedia: Demam Denggi http://202.187.13.222/prokes/web%20kckl/dengue/ind... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb3564.htm http://www.emedicine.com/med/topic528.htm http://books.google.com/books?id=nsh48WKIbhQC&pg=P... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.cdc.gov/dengue/resources/30Jan2012/aegy... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC270281... http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?mode=&... http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/00...